D' AMAZON ENTERPRISE: 2008

Isnin, 17 November 2008

Pokok Gaharu untuk dijual

Berumur 5 hingga 30 tahun















Harga boleh dirundingkan tel: 0195673060 atau e-mail: damazonent0229208@gmail.com

Pokok Gaharu

Gaharu merupakan sejenis kayu berdamar yang amat wangi bila dibakar yang terhasil dari jenis pokok kayu yang digelar dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu mahupun Pokok Karas. Nama saintifiknya Aquilaria dari family Thymelaecae dan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria. Di antaranya hanya lapan jenis sahaja yang ada menghasilkan gaharu, dan yang terbanyak adalah dari jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis.
Sejak dari zaman purba lagi gaharu telah digunakan dan digemari dan didagangkan dengan harga yang tinggi. Ia menjadi bahan utama dalam upacara keagamaan, perubatan dan bahan wangian. Bangsa Arab adalah antara pengguna terbesar dunia dan selainnya negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong, Cina, Eropah dan lain-lain lagi. Gaharu juga digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan bagi rawatan kecantikan serta minuman dan lain-lain lagi.
Lain-lain nama bagi Gaharu mengikut negeri dan budaya adalah,
· Chén-xiang dalam bahasa Cina and Jin-koh dalam bahasa Jepun " bermasksd kayu yang tenggelam ("sinking incense")
· Pokok Gaharu yang telah diprosess menjadi minyak digelar Oud oleh bangsa Arab.
· Di Eropah pula dikenali dengan nama Lignum aquila (eagle-wood) or Agilawood, kerana rupanya seperti bulu burung helang
· Nama lain yang tersebut dialam kitab-kitab agama kristian Aloeswood.
· Bagi negara Malaysia dan Indonesia dikenali dengan nama "gaharu".
· Di Papua New Guinea digelar "ghara".
· Di Vietnam pula dipanggil “tram huong”.
· Di India pula dikenali sebagai "agar".
· Di Laos dipanggil dengan nama "Mai Ketsana".
Permintaan dunia terhadap gaharu dan hasilan gaharu amatlah tinggi sekali tetapi pengeluarannya semakin berkurangan kerana sumber Pokok Gaharu di hutan sudah mula pupus. Harga gaharu semakin meningkat pada setiap tahun. Harganya boleh mencecah sehingga RM 12 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM 50 ribu sekilogram. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaikan dan ia hanya bergantung kepada penjual dan pembeli). Dari sumber (TRAFFIC International 2002) Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.
Projek tanam gaharu guna pakar ThailandOleh Betty Subaryati
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menggunakan kepakaran dari Thailand untuk mengusahakan tanaman pokok karas secara komersial di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Husam Musa, berkata pakar tanaman itu dari Thailand, Dr Peeraphanan, sanggup berkongsi kemahiran bagi mengusahakan gaharu menggunakan kaedah bioteknologi.
Katanya, Thailand kini berjaya memajukan gaharu yang diproses untuk pelbagai kegunaan terutama penghasilan minyaknya yang mempunyai harga tinggi di pasaran.
"Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Dr Peeraphanan dalam mempraktikkan kaedah penanaman pokok gaharu secara komersial untuk diproses menjadi minyak wangi.
"Ini kerana Kelantan adalah antara negeri paling banyak pokok gaharu dari spesies `Aquailaria malaccensis' bermutu tinggi, di hutan simpan negeri yang dibawah pengawasan Pejabat Perhutanan Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat dari Dr Peeraphanan dan pemilik syarikat Agaharuwoods Pattani Sdn Bhd, diwakili Pengurus Besarnya, Abdul Rahman Baba Abd Rahman.
Dr Peeraphanan kini menjalankan kajian pembesaran spesies gaharu di Thailand bagi memastikan ketulenan dan mutu minyak gaharu, manakala syarikat Abdul Rahman akan memproses gaharu menjadi minyak wangi.
Husam berkata, kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan pakar negara jiran itu dalam usaha memajukan industri gaharu di Kelantan yang dijangka memberi hasil lumayan kepadanya.
"Menerusi Bajet 2007, kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM300,000 untuk menggalakkan penduduk kampung menanam gaharu bagi membolehkan mereka menikmati pendapatan lumayan.
"Selain itu, kita akan bekerjasama dengan penduduk kampung yang mempunyai pokok gaharu besar untuk disuntik menggunakan kaedah bioteknologi yang faedahnya akan diperoleh selepas tiga hingga lima bulan.
"Selepas lima tahun, pokok gaharu akan menjadi karas yang boleh diproses menjadi minyak gaharu bermutu tinggi," katanya.
Beliau berkata, Perbadanan Menteri Besar turut menubuhkan sebuah syarikat untuk menjalankan tanaman gaharu secara komersil di kawasan seluas kira-kira 400 hektar.
Terdahulu, Dr Peeraphanan berkata, industri kayu gaharu daripada pohon karas dikenal pasti mampu memberi pulangan lumayan iaitu antara RM3,000 hingga RM9,000 sebulan kepada seorang pengusahanya selepas ia diproses menjadi minyak.
Katanya, Kelantan bertuah kerana memiliki kawasan tanaman gaharu spesies bermutu tinggi yang boleh diproses menjadi minyak wangi dengan harga pasaran tinggi.
Berita Harian, Khamis, 29 Mac 2007
Perusahaan gaharu sandaran ekonomi rakyat Kelantan
June 15, 2007 ·
GAHARU, bukan suatu yang baru bagi Kelantan dan rakyatnya. Walau bagaimanapun, cetusan ideal dan saranan membangunkannya oleh Dato Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri benar-benar berbaloi kepada Kelantan dan rakyatnya.

Pokok Depu : Besar dan tinggi, milik orang kampung.
Dengan peruntukan yang disediakan dalam bajet 2007 yang lalu sebanyak RM300,000, hasrat beliau sudah menjadi kenyataan. walaupun peruntukan yang disediakan tidak sebanyak mana, akan tetapi asas atau tapak untuk memulakan projek tersebut sudah bermula.
Dua syarikat anak tempatan telah memulakan usaha ini. Syarikat yang terbabit adalah, Telda Sdn Bhd, (Kelantan), Phearapan Wijitpha (Thailand), Nakhlah Sepadu Sdn Bhd (Kelantan) dan Agaar Wood Fatoni & Pacific.

Pekerja yang mahir sedang membuat tangga dan lubang-lubang sekeliling pokok.
Buat permulaan, syarikat ini telah mengusahakan gaharu dengan mencari pokok-pokok Depu yang berselerak di negeri ini. Apa yang mengejutkan kita pokok Depu ini terdapat di dalam tanah-tanah milik orang kampong yang kehidupan mereka memerlukan sumber pendapatan tambahan.
Pihak pengusaha telah mengambil langkah membayar sagu hati kepada pemilik tanah yang mempunyai pokok Depu di dalamnya berasaskan ukur lilit pokok tersebut. Ada yang memperolehi sehingga RM500 sepokok. Pihak syarikat juga akan memberi saham ke atas pokok-pokok yang diusahakan. Pendek kata apabila pokok Depu ditemui dan persetujuan dibuat dengan pemiliknya, maka bermula dari hari itu pemilik akan berterusan mendapat faedah dari pengusahaan tersebut.

Pokok yang telah siap diproses. Menunggu masa untuk dikikis kulit dan dimasak untuk dapatkan minyak.
Difahamkan, hasil dari pokok Depu ini boleh mencecah lebih dari RM100,000 berdasarkan saiz dan kekesanan proses membuatnya. Ianya memakan masa 1 ke 4 tahun untuk memperolehi hasil maksima.
Selain daripada itu juga, benih-benih pokok ini akan dihasilkan dalam bentuk tissue culture. 40,000 anak benih dalam proses penghantaran. Iannya memakan masa selama 4 tahun untuk mengeluarkan hasilnya. Ianya cukup mudah ditanam dan kesenian “memprosesnya” cukup menarik hati.
Mungkin sedikit masa lagi perusahaan ini boleh menjadi produk pelancungan bagi Kelantan yang akan menyambut Tahun Melawat Kelantan pada 2008 nanti. Kerajaan Kelantan boleh fikir-fikirkan. Dato Annuar Tan Abdullah macamana? Boleh setuju kot.

Kayu gaharu beri pulangan RM100,000 sebulan
KOTA BHARU: Industri kayu gaharu daripada pohon karas yang diambil daripadahutan negeri ini dikenal pasti mampu memberi pulangan sehingga RM100,000sebulan selepas ia diproses menjadi minyak. Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Dahlan Taha, berkata ketika ini 10pengusaha industri berkenaan termasuk pencari pokok karas dan peniaga minyakgaharu tampil mendaftarkan kegiatan mereka dengan jabatan terbabit sejakdiwajibkan memiliki lesen mulai April lalu. "Mereka terdiri daripada pengusaha minyak wangi dan pencari kayu gaharu yangsudah menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu tetapi selamaini tidak wajib mengambil lesen. "Tiga pengilang itu memproses kayu karas menjadi minyak yang menjadi asaspenghasilan minyak wangi itu, memperoleh pulangan antara RM50,000 hinggaRM100,000 sebulan hasil eksport minyak itu ke pasaran beberapa negara AsiaBarat dan Asia Tenggara," katanya. Dahlan berkata, ketika ini ada tiga pengusaha beroperasi di Rantau Panjang,manakala dua lagi beroperasi di Kuala Balah, Gua Musang, membabitkankelengkapan antara 20 hingga 40 dapur. "Kawalan ini menerusi peraturan melesenkan pengusaha dan pencari kayu gaharudijangka dapat membendung pencerobohan hutan untuk mengambil pokok karas yangkini semakin berleluasa. "Ketika ini, dianggarkan ada lebih 1,000 orang yang bekerja mencari kayu gaharusering memasuki hutan mencari pokok karas bagi menghasilkan minyak gaharu.” “Kebanyakan mereka adalah penduduk tempatan dan rakyat dari negara jiran yangsanggup menceroboh hutan simpan negara ini yang dikenal pasti mempunyai banyakspesies kayu karas," katanya. Katanya, antara jenis gaharu yang tumbuh subur di kawasan hutan negeri iniialah gaharu spesies tutor, dedap, kundur dan akar.//Bha 11 Julai

Kelantan Mempelopori Industri Gaharu Secara Komersil di Malaysia
Satu papan tanda di jalan utama di Kelantan. Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz.

Kelantan Mempelopori Industri Gaharu Secara Komersil di Malaysia.
Nampaknya usaha Kerajaan Kelantan untuk menjadikan pokok depu sebagai sumber ekonomi baru kini semakin berhasil dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Prospek masa depan industri depu semakin cerah & ia telah mula diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui media cetak ataupun elektronik bermula dari semalam.
Projek cakno rakyat yang dirintis oleh Kelantan ini terbukti berjaya dan berkesan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat miskin dan berpendapatan rendah.
Kini kerajaan Terengganu telah mengikuti jejak langkah Kelantan dalam membantu mengembangkan sektor pertanian (industri gaharu) supaya menjadi sumber ekonomi terpenting wilayah timur pada masa akan datang.
RAHSIA GAHARU - BERITA HARIAN, 18 November 2007 & Siaran Berita Perdana di TV3, jam 8pm 17 November 2007.
Oleh Zulkofli Jamaludin
Pokok karas menghasilkan bahan untuk industri minyak wangi dijual antara RM15,000 hingga RM20,000 sekilogramANAK pokok karas atau gaharu setinggi 20 sentimeter (sm) yang dijual pada harga RM1.60 sepokok dua tahun lalu kini mencecah RM9, gara-gara minat orang ramai menanam pokok yang dikatakan boleh memberi pulangan RM18,000 sepokok.Karas atau nama saintifiknya, Aqularia malaccensis yang boleh mencapai ketinggian lebih 36 meter, mengeluarkan damar atau rasin yang diperlukan dalam penghasilan minyak wangi, manakala kayu dan kulitnya diproses menghasilkan gaharu.

Damar yang dihasilkan oleh pokok karas kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.
Bukan setakat damar, batang dan kulit boleh menghasilkan wang, malah daun karas dikatakan boleh direbus dan diminum bagi mencegah penyakit kanser.Menyedari pokok karas mempunyai nilai komersial, Jabatan Perhutanan Terengganu mempelopori tanaman secara ladang di kawasan 47 hektar di Hutan Simpan Merchang, Marang bagi menggantikan pokok Akasia.
Penolong Pengarah Silvikultur dan Perlindungan Hutan Terengganu, Mohd Radhi Chu Abdullah, berkata karas mempunyai potensi tinggi sekiranya diusahakan secara komersial."Sejak dua tahun lalu Pejabat Hutan mengumpul banyak maklumat mengenai kaedah penanaman, kesesuaian tanah, kawalan penyakit, taburan hutan dan cara mengatasi penyakit yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Pejabat Pertanian."Maklumat ini boleh dikongsi jika orang ramai berminat mempelajari cara mengusahakan tanaman ini," katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Seri Azahar Muda, di sini baru-baru ini.Mohd Radhi berkata, proses mengumpul damar karas boleh dilakukan secara semula jadi dengan mematikan pokok mati melalui kaedah melukakannya atau suntikan inokulen.
2 - Kerja menebuk batang pokok karas untuk menghasilkan gaharu." height="190" width="430">
1 - Minyak gaharu yang sudah diasingkan perlu dijemur.2 - Kerja menebuk batang pokok karas untuk menghasilkan gaharu.
Katanya, teknik inokulen boleh dilakukan apabila pokok mencapai usia lima tahun atau diameter pokok berukuran 20 sm."Kedalaman optimal perlu sesuai dengan diameter batang dan biasanya sekitar lima sm."Setiap batang pokok akan ditebuk lubang dan dimasukkan spora yang akan menghasilkan damar dan lubang itu akan ditutup menggunakan lilin dan hanya dikeluarkan selepas dua tahun," katanya.
Mohd Radhi berkata, minyak damar juga boleh diperolehi secara penyulingan dengan merebus kulit dan kayu damar yang diracit.Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Petroleum, Pertanian dan Perikanan Terengganu, Datuk Mamat Ghazalee Abdul Rahman, 59, berkata pokok karas mudah dijaga dan tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi.Beliau berkata, 1,000 pokok yang ditanamnya setahun lalu kini mencapai ketinggian 150 cm dan tidak diserang sebarang penyakit."Mereka yang ingin menanam pokok ini di Pantai Timur perlu memilih masa yang sesuai iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos iaitu sebelum musim tengkujuh bagi membolehkan pokok ini tidak menghadapi masalah ketika musim kering."Selepas enam bulan yang ditanam, pokok perlu dipangkas dan dijaga secara agronomik bagi membolehkan pokok mencapai ketinggian maksimum," katanya yang menanam pokok karas di dusun seluas lapan hektar.Mamat Ghazalee berkata, pokok karas yang ditanam dalam dusun yang sudah matang mudah dijaga dan membesar dengan cepat kerana tidak terdedah terus kepada terik matahari.



FAKTA
· Berasal dari perkataan Sansekerit iaitu `agaru' yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila dibakar. Di negara Asia terdapat lebih 15 spesies gaharu tetapi yang dikenali di pasaran ialah agar wood, aloes wood dan eagle wood.
· Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral, jinkohol-eremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Komponen methoxyphenylethyl chromone pula menghasilkan bauan yang harum apabila gaharu dibakar.
Kegunaan
· Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.
· Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.FAKTA NOMBOR40 sentimeter - Ukur lilit20 tahun - Usia mengeluarkan hasil36 meter - Ketinggian boleh dicapai
HARGA POKOK DEPU DI KELANTANHarga Depu/ Gaharu/ Karas di Kelantan setakat maklumat yang saya perolehi adalah bergantung kepada jenis pokok dan saiz iaitu:1. Baka Sub intergra (1m - 1.5m) - RM8/pokok2. Baka Sub intergra (1.5m ke atas) - RM10/pokok3. Baka Cross Bread (Sub intergra vs crassna) - RM14/pokok.P/s: Sekiranya Sdr/i mempunyai tanah terbiar di kg2, lebih baik ia ditanam dengan pokok depu, ada juga hasilnya daripada terbiar bergitu sahaja dan ditumbuhi semak samun. Perlaburan jangkamasa panjang, selepas 5 tahun tanah dah dapat hasil.Tanamnya cukup mudah kerana ia pokok hutan dan mudah survive di iklim Khatulistiwa seperti di negara kita, Malaysia.Di Kelantan, kerajaan negeri akan membeli pokok gaharu dengan harga pasaran dan anda tidak perlu risau pasal market, kerana sudah pasti akan adat syarikat akan membelinya.Malah permintaan terhadap minyak dari Depu/Gaharu/Karas melebihi pengeluaran di pasaran dunia :)